Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Posts Tagged ‘palestine’

LAGI SYAHID DI GAZA

6 Orang Lagi Syahid, 45 Cedera di Gaza
Posted on Monday, January 07 @ 14:36:58 MYT by admin
Berita Semasa sern writes “ Isnin, 7/1/08 – Kem El-Barij: Korban syahid akibat serangan Israel di Kem El-Barij Gaza dalam tempoh 24 jam terakhir terus meningkat. Ahad, (6/1) seramai 6 warga Palestin, gugur akibat serangan senjata berat Israel.

Tiga warga Palestin salah seorangnya wanita, dinyatakan hilang dalam serangan Israel sejak pagi semalam dan mencederakan 45 yang lain. Empat diantaranya luka parah. Sementara itu, pihak tentera Israel mengakui, sembilan anggotanya turut tercedera, dua diantaranya parah.

Di sisi lain, sumber media Palestin melaporkan, pasukan tempur Israel petang semalam menggempur rumah keluarga Hamdan di sebelah timur Kem el-Barij mengakibatkan Iman Hamdan (24 tahun), Muhammad Rabah Hamdan (17 tahun) Ahmad Muhammad Kholaf (27 tahun) syahid bersama.

Sebelumnya mereka juga telah membunuh tiga warga lain, salah seorangnya ialah Komandan Lapangan Brigade Izzuddin Al-Qassam dan dua lagi dari Brigade Nasher Shalahuddin.

Di tempat lain kumpulan media Palestin juga mengumumkan, seorang pemuda Ziyad Abu Rukbah (17 tahun) warga Kem Nazaret syahid akibat tembakan tentera Israel di bahagian dadanya.

Korban di atas menambahkan jumlah syuhada yang gugur akibat serangan Israel dalam tempoh 24 jam terakhir ini. Selain itu terdapat puluhan mangsa terluka dan cedera parah yang perlu mendapatkan rawatan segera.

Sehingga kini, Israel masih melancarkan serangan ke wilayah Gaza dengan sejumlah roket dan peluru berpandu yang dilepaskan dari kereta kebal ataupun pesawat tempur Israel.

Read Full Post »

Nasyid Palestine02

Read Full Post »

Nasyid Palestine01

Read Full Post »