Peristiwa Memali telah terjadi pada 19 November 1985. Insiden ini mengorbankan 18 orang mati dan berpuluh-puluh cedera serta penahanan beratus-ratus orang. Kesemuan yang ditahan telah dibebaskan kecuali 36 orang yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Dalam pertempuran antara orang kampung dengan pihak polis, Ustaz Ibrahim Mahmud/Ibrahim Libya telah terbunuh. Polis memanggil operasi mereka sebagai ‘Operasi Angkara/ Operasi Hapus’.
Peristiwa ini terjadi ketika Datuk Seri Musa Hitam menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri. Ketika itu Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri Malaysia berada di negara China.
Senarai kandungan[tutup] |
//<![CDATA[
if (window.showTocToggle) { var tocShowText = “buka”; var tocHideText = “tutup”; showTocToggle(); }
//]]>
[sunting] Lokasi
Baling merupakan sebuah daerah yang dikaitkan dengan pertemuan antara Tunku Abdul Rahman dengan Chin Peng dari Parti Komunis Malaya 1955. Baling dikejutkan lagi pada tahun 1974 berikutan insiden kebuluran pada era Anwar Ibrahim menjadi pemimpin pelajar. Seterusnya Baling dikejutkan dengan Peristiwa Memali. Kini Parlimen Baling boleh berbangga dengan ahli Parlimen yang beragama dan jelita Datuk Dr Mashitah Ibrahim. Sebelum ini Ahli Parlimen Baling adalah Ustaz Taib Azamuddin bin Mohd Taib daripada PAS (1999-2004).
Kampung Memali terletak di mukim Siong, Baling, Kedah berhampiran dengan sempadan Kedah–Thailand. Penduduknya keturunan Melayu. Sebahagian lagi mempunyai kaitan dengan Siam/Patani. Aktiviti ekonomi mereka ialah penoreh getah dan bersawah padi.
[sunting] Tayangan Video
Tayangan video dipaparkan menerusi RTM1. Video ini memaparkan segmen penduduk kampung yang bersenjata parang, lastik dan molotov cocktail menyatakan perasaan tidak puas hati mereka terhadap pihak polis yang mengepung penempatan tempat tinggal mereka selama beberapa bulan.
Pihak FRU pula menggunakan dua buah kereta perisai bagi memecahkan pintu papan di rumah Ibrahim Libya. Kelihatan juga seorang perempuan tua yang bagaikan histeria mahu mempertahankan Ibrahim Libya.
Walaubagaimanapun, tayangan video berkenaan dikatakan telah disunting oleh pihak berkuasa untuk menampakkan kumpulan yang diserang sebagai pengganas.
Video berkenaan turut menayangkan pengakuan daripada bapa Ustaz Ibrahim Libya, Haji Mahmud Senapi, adiknya, Ismail Mahmud dan orang kanannya, Yusuf Husein. Ketiga-tiga mereka ketika itu masih berada di dalam tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Mereka membuat pengakuan salah serta mendedahkan beberapa perancangan kumpulan mereka. Mereka turut menyatakan kesal di atas keterlibatan mereka di dalam kumpulan Ustaz Ibrahim Libya dan menyeru rakyat Malaysia supaya memaafkan mereka.
Bagaimanapun selepas dibebaskan, ketiga-tiga mereka telah membuat roadshow ceramah ke seluruh Malaysia di atas pentas PAS, mendedahkan bahawa mereka sebenarnya telah dipaksa membuat pengakuan berkenaan.
[sunting] Tujuan Operasi Angkara
Musa Hitam selaku Timbalan Perdana Menteri menjelaskan Operasi Angkara bertujuan menangkap dan menghapuskan penjenayah. Ibrahim Libya memang dikehendaki pihak polis di bawah ISA. Ibrahim Libya dituduh mengancam keselamatan negara dengan kegiatan memecah-belahkan masyarakat Islam. Selain itu, dalam sidang akhbar New Straits Times bertarikh 21 November 1985 Musa Hitam turut menyanggah kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Agama islam Kedah yang mengatakan Ustaz Ibrahim hanyalah memberikan ceramah agama.
Ibrahim Libya juga dituduh melindungi penjenayah yang sangat dikehendaki oleh Polis iaitu Yusof Che Mit dan Ramli Che Mit. Sebelum polis menyerang, penduduk kampung yang berkumpul di rumah Ibrahim Libya diminta menyerahkan Yusuf dan Ramli, tetapi mereka berdua tidak ada di situ. Beberapa hari kemudian Ramli ditangkap, tetapi tidak pula dibicarakan di mahkamah kerana dia ditahan di bawah ISA.
Ibrahim Libya lahir dan tinggal di Kampung Memali,mukim Siong, Baling, Kedah.
Lulusan Universiti Al Azhar, Mesir. Kemudian belajar lagi di di India dan Libya. Bekerja sebagai pegawai pendakwa di Bahagian Agama di Jabatan Perdana Menteri.
Kerap berceramah agama Islam di RTM 1 Malaysia. Kemudian memulakan kelas agama dan sekolah agama di kampungnya di Kampung Memali. Beliau ingin meneruskan usaha tuan-tuan guru pada masa yang dahulu yang membuka sekolah pondok atau sekolah agama. Perjuangannya sealiran dengan PAS dan menyertai PAS kemudiannya.
Pada 1978, atas tiket PAS bertanding di kawasan Bayu-Baling. 5,081 undi diperolehi berbanding 6,169 undi yang dimenangi Barisan Nasional.
[sunting] Polis bertindak
Terlalu banyak ajaran sesat di Malaysia sehingga menyerang Balai Polis Batu Pahat dan serangan terhadap kuil Hindu di Kerling. Kementerian Dalam Negeri Malaysia menerusi polis dan pegawai agama di Jabatan Agama Islam tidak mahu insiden ini berpanjangan. Ajaran sesat haruslah diracun terlebih dahulu sebelum menjadi tragedi. Peristiwa Memali adalah insiden yang dituduh oleh parti pemerintah sebagai satu kaedah untuk menghapuskan ajaran sesat.
Di Kem Pasukan Polis Hutan Sungai Petani, Kedah; 3,600 anggota polis daripada pelbagai bahagian termasuk FRU (Penang), Pasukan Senoi Prak, Anggota Polis beruniform, Commando 69 dari Ulu Kinta menerima taklimat dari pegawai Bukit Aman.
Malam itu Ibrahim Mahmud memberi kuliah sehingga jam 11.45 malam . Penduduk seramai 50 orang hadir. Kuliah atau ceramah biasa jarang benar sehingga 11.45 malam. Kecualilah ceramah politik, itupun ada sekatan dan larangan dan perlu permit daripada Balai Polis Daerah.
Sekatan jalan raya dan meminta Ibrahim Libya menyerah diri merupakan tindakan terbaik. Alternatif lain turut difikirkan. 10 orang polis dikatakan telah menyusup masuk ke Kampung Memali dan memberi laporan.
Jika tindakan mengepung dilakukan, mungkin memakan masa 3 bulan. Dua buah kereta perisai digunakan bagi mengelakkan kemalangan di kalangan FRU dan polis. Tambahan pula Baling merupakan kawasan berhampiran sempadan di mana komunis dipercayai masih berkubu . Komunis sentiada mencari titik lemah anggota tentera yang meronda sempadan Malaysia-Thailand.
[sunting] Persediaan di Madrasah
Ibrahim Libya dan 39 pengikutnya yang tidur di madrasa tersebut telah dimaklumkan oleh seseorang akan bilangan polis yang ramai di Balai Polis Sungai Petani.
Pelbagai senjata ala kampung disediakan seperti kapak, pisau dan buluh runcing. Mereka yang mahir memasang molotov cocktail yang diperbuat daripada minyak tanah dan petrol.
Seluruh pengikut Ibrahim Libya didakwa percaya tubuh mereka ‘kebal’ setelah minum air telaga di kawasan madrasah. Mereka turut solat hajat, membaca surah Yassin dan berzikir sebagaimana pahlawan Islam dahulu.
Sepasukan polis yang terdiri daripada Pasukan Polis Hutan, Senoi Praaq, Polis Anti-Pengganas Komando 69, Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) serta Tugas Am bertindak melakukan serbuan di madrasah tersebut. Dalam serbuan tersebut, seorang pegawai kanan Pasukan Polis Hutan, seorang anggota pangkat rendah dan seorang konstabel tertembak. Mengikut sumber dalaman, mereka yang terkorban terkena peluru sesat dari pasukan tersebut itu sendiri semasa serbuan dibuat.[petikan diperlukan] Tiada penduduk yang pernah dibicara kerana memiliki senjata api selepas kejadian tersebut.
Dua helikopter polis digunakan bagi membawa pegawai polis yang terkorban. Mangsa yang cedera dan mati dihantar ke Hospital Sungai Petani dan Hospital Alor Star. Dianggarkan seramai 13 penduduk Memali terbunuh dalam serbuan tersebut termasuk Ibrahim Libya. Menurut sumber, beliau ditembak berpuluh kali di dadanya oleh anggota Komando 69, dan sempat mengucapkan kalimah syahadah dipangkuan seorang pegawai kanan polis yang memangkunya sebelum beliau meninggal dunia. Jenazah Ibrahim serta pengikutnya dikebumikan dalam kubur panjang tanpa dimandikan kerana dipercayai tergolong sebagai para syuhada. Darah dan peluh mereka dikatakan masih basah walaupun sudah berhari-hari di bilik mayat. Sultan Kedah sendiri turun mencemar duli untuk mengunjungi makam tersebut.
Status mereka sebagai syahid disahkan oleh ahli Majlis Fatwa Kerajaan Negeri Kedah, Tuan Guru Haji Yahya Junid dan Ustaz Azahari Abd Razak berdasarkan mereka yang mempertahankan diri dan harta mereka adalah syahid. Bagaimanapun mereka yang mengeluarkan fatwa berkenaan disingkirkan daripada menganggotai badan fatwa berkenaan. [petikan diperlukan]
ini bukti penyelewengan kuasa yang dilakukan oleh kerajaan
al-fatihah untuk meraka yang syahid
mmg penyelewengan secara terang2..
video disunting..etc nak menunjukkan yg dorang tu betul..
al fatihah-
sejarah jgn lah dimanipulasikan oleh pembangkan untuk menjadi hjero dlm islam..islam menuntut setiap perjuangan haruslah bersandarkan pada islam dan bukan niat perjuagan duniawi semata2.wslm/…
dah dorag ni sesat.. nak buat macam mane..
mati dalam kekafiran
Siapa yg sesat? apa bukti kesesatan? Nabi s.a.w. bersabda yg mafhumnya, “Barangsiapa yang terbunuh kerana mempertahankan hartanya maka dia adalah syahid, dan barangsiapa yang terbunuh kerana mempertahankan darahnya maka dia adalah syahid dan barangsiapa yang terbunuh kerana mempertahankan agamanya maka dia adalah syahid” [hadis riwayat Abu Dawud dan al-Tirmidhi].
Kerajaan di bawah pimpinan Mahathir ketika itu membohongi rakyat dgn menggambarkan mereka sebagai penganut ajaran sesat tanpa mendtgkan bukti kukuh.
wallahu a’lam
tolong kaji balik siapa yang sesat………………
Jelas & nyata anda tidak memahami perjuagan dlm Islam.InsyaAllah Ustaz Ibrahim Syahid.Memang nampak kesan kpd angota keselamatan yg terlibat dlm operasi tsbt antaranya penyakit misteri \ moral anak2 \ keberkatan hidup.Wassalam.
subhanallah….x patut ckp cam tu……
law nak taw sapr betul sape salah selidik lu bkn ye bercakap ikut hati yg sememangnya dihiasi dgn nafsu n bisikan syaitan.BERDOSA SESEORG ITU MENJATUHKN HUKUMAN KAFIR KE ATS SESEORG YG ISLAM KRN SESUNGGUHNYA MEREKA ADALAH UMAT RASULULLAH S.A.W. seeloknya pkir lu b4 berckp……….!!!!!!!!!
dorang mmg syahid…
alhamdulillah, moga ada lg yg mnyambung prjuangan mreka..
kajilah peristiwa ini sedalamnya,anda akan merintih kesedihan
al-fatihah utk mereke yg syahid..
pyelewengan xpnh bhenti..
arap2 nanti ada yg bngon mnegakkan kbenaran!
Saya mengenali seorang bekas anggota polis yg terlbt dlm peristiwa tersebut. Ketika kejadian, isteri beliau sedang hamil anak pertama…..natijahnya, anak tersebut dilahirkan cacat. Bekas anggota tersebut menyatakan bhw beliau menyesal dgn apa yg tlh beliau lakukan. Wallahualam.
PENYESALAN itu kerana anak cacat atau rasa berdosa?
pergilah jumpa para balu dan anak2 kecil belum bersekolah dan ramai lagi yg kehilangan bapa yg mengasihi mereka dan minta maaf dan minta dihukum.
allahuakbar..
mOga2 para syUhada ditempatkan
di kalangan org2 yg tinggi disisi ALLAH SWT..
amin…
kejadian memali nie,,
mngigatkan aku sme aku kcecil2 dulu,,
cz aku prnah melihat tmpat kjadian memali ,,
cz bpak aku seorang ahli pas,,,,
mmg sedih ketika itu,,
umat islam dibunuh dgn kjam,,
Ya Allah Ya Tuhanku limpahkanlah rahmatMU atas para syuhadak Memali yang syahid dalam mempertahankan hak dan maruah mereka..
Apakah salah mereka sehingga dibunuh dengan begitu kejam…???Tidakkah mereka yang melakukan kezaliman ini terfikir akan azab Allah kerana membunuh sesama Islam..???
kepala bapak hang syahid!! kou orang tu yang taksub!
“Status mereka sebagai syahid disahkan oleh ahli Majlis Fatwa Kerajaan Negeri Kedah, Tuan Guru Haji Yahya Junid dan Ustaz Azahari Abd Razak berdasarkan mereka yang mempertahankan diri dan harta mereka adalah syahid.”
kau ni sape nk ckp cmtuh?
ilmu agama tinggi mane?
sampai bleh nk deny status yg disahkan oleh majlis fatwa kjaan kedah ngn mufti kedah?
remy, engkau yg taksub sebenarnya, taksub pada mereka yg jahat yg telah membunuh kerana kuasa.
Ini terbukti bila berlakunya perpecahan dalam UMNO tahun 1987 iaitu dua tahun selepas tragedi Memali, media massa utama negara secara tidak sedar telah membongkarkan ‘rahsia dalaman’ pimpinan UMNO. Mereka saling tuduh menuduh siapa punya angkara dalam peristiwa berdarah itu. Tuduhan amalan sesat terhadap pihak Ibrahim Libya tersisih dengan sendiri dan sesuatu yang di luar dugaan ialah kunjungi Sultan kedah untuk menyiram air mawar di kubur panjang mangsa. Kesaksian ahli-ahli yang hidup terhadap tanda-tanda kesyahidan mangsa adalah jelas dan telah terbongkar siapa punya angkara?
Semoga roh ust Ibrahim n para syuhada yg lain ditempatkan di tempat yg terbaik disisiNYA. jalan menuju redhaNya tak perlukan pengiktirafan manusia. lg2 manusia mcm si REMY ni.
aku mencari golongan yg sedikit. golongan yg Allah janjikan syurganya. bahagia dunia hanyalah fatamorgana. bahagia yg sementara.
lidah ini mmg mudah untuk mengeluarkan kata2 nista. lebih keji apabila bicaranya hanya mengikut runtunan hawa nafsu n kebencian. tp ingat, segala kata2 n perbuatan kita akan diHISAB oleh Allah. jangan kerana lidah, badan binasa di AKHIRAT.
gila manusia ni…tuduh org mcm 2.lahir dr perut anjing agaknya
Hadis da kasi,fatwa da di keluarkan..so ko x percaya lg ?
aku neutral..bkn blah umno or pas or memana parti lam hal nie..dr segi moral pun, da nampak sgt lemah n teruk tindakan dorg tue. org tua,org kpg je yg ade pun..tp pihak berkuasa guna senjata ape ? alahai sempit nye akal..mana hilangnye demokrasi pada masa tue ataw lebih tepat pada umat islam ?
ntah la… harap² xde lg kes camni lg kena pada kita umat islam..
al-fatihah utk para syahid..
time aku skolah dulu, nangis kalo tgk gambar para syahid nie..sebak tgk keadaan dorg..lg sebak bila lagu memali di nyanyikan..
“kampung memali,tempat sejarah tempat mengalir…darah syuhadah bumi mengalir darah yg merah”…
aku salah seorang bayi yang balu allahyarham ustaz ibrahim libya dukung…selepas dua bulan kejadian di tapak berlaku peritiwa di memali,dan antara yang dekat dengan perjuangan beliau…yang tahu dari cerita ibu dan ayah,guru dan sahabat..al fatihah kpd syuhada semua…kpd sesiapa mghina peribadi beliau,mohon maaf lah,kerana beliau merupakan seorang ulamak…kematian satu kmestian,hadiah syahid adalah janji Allah kpd hamba-hamba yang mperjuangkan agamaNYa.. (kerana sesiapa yang membenci para ulamak walaupun sebesar zarah,neraka tempat tinggal)(hadith)…mereka bukan mati,bahkan hidup dalam hati bakal-bakal syuhada yang akan datang…la taqaf wa la tahzan,innallaha ma’na..assalamualaikum
alfatihah pada yg syahid…
berdoalah yg melakukan mg dosa di ampunkan…
assalamualaikum ……
kejadian yang membuka mata setiap insan…
terlalu banyak masalah timbul dan jugak persoalan….
tapi apa yang sudah terjadi adalah pilihan manusia tu sendiri….
orang kampung memali dibunuh disebabkan salah faham yang timbul antara pihak polis,ketua polis,timbalan PM,orang kampung Memali dan ketua-ketuanya…
saya takkan cakap siapa benar dan siapa salah, biarlah apa manusia nak cakap apa ….
tapi hanya Allah s.w.t yang berhak menentukannya…..
Moga Allah s.w.t bimbing manusia yang jahil ni ke jalan yang lurus dan dibersihkan hatinya daripada sifat benci-membenci sesama islam, gila kuasa, lupa diri, dan lain-lain sifat keji yang tersimpan di dalam hati ni…
biarlah yang syahid menuju ke jalannya dan jangan pula yang masih hidup ni sesat kerana salah faham atas pengorbananya…
Usah risau atas apa yang telah berlaku kerana setiap sekecil zarah perbuatan manusia itu pasti di ketauhi KELAK….
hanya tuhan jer tau mana..benar mana tidak…alfatihah kpd yg syahid
kepada sesape yg cube nk deny peristiwa memali ni aku sarankan korang datangla sendiri kt kg memali tu..
tgk sendiri suasananya..tanya orang kg kt situ..
then korang taula cite sebenarnya..
ziarah sekali kubur para syuhada tersebut sedekahkan al fatihah..
wallahualam..
Syahid tu ada lah janji Allah kpd umat nya. Jd kita pun tak tau hukum selepas kematian ni…biar la Allah yg tentukan. Kita nak tentukan pulak..Kita ni sape? Aku tak tau sgt pasal memali ni..tp aku cuba gak carik info, tp sume nya dr pihak pembangkang, jd cerita tu dah jd mcm berat sebelah la pulak. Kang aku pandai2 ckp org ni salah, org tu salah kang aku lak yg berdosa dan boleh jd fitnah lak tu. Tau kan apa hukum memfitnah ni? Jd pikir dan kaji la sebelum kita membuat andaian. Yg syahid tetap syahid, pastu org kat dunia yg idup ni mengumpat sana sini, buat fitnah, mereka citer karut, dalam tak sedar kita ni menambah dosa dari pahala. So bg aku kalau korang nak kenang orang yg tekorban tu sedekah la al-fatihah dan takyah la nak bukak keburukan orang. Ingat la sahabat ku…..Dosa dengan Allah kita boleh minta ampun tp kalau kita berdoa sesama umat? Jd pikir2 kan la…sekian..wassalam
Saya sekarang berada di tanah perkuburan Parit Panjang, Baling. Baru saja selesai menziarah perkuburan para Syuhadah. Al-Fatihah untuk mereka. Sempat juga di beri sedikit penerangan tentang kejadian Memali 1985 oleh Tuan Guru Abdul Wahab, Imam Besar Masjid Omar Zuhdi. Jenazah para Syuhada dikumpulkan di masjid ini sebelum dikebumikan tanpa dimandi dan di kafankan. Difahamkan kesemua jenazah masih panas, berdarah dan berpeluh ketika tiba di masjid ini. Insyaallah akan ke Kg Memali selepas Asar nanti.
yg jelas tetap jelas.himpun data dan cari ilmu.memg yg syahid tetap syahid dan kita x perlu nak memburukkan owg lain yh masih idup tapi satu yg korg kena ingat keadilan perlu dtegakkan. sejarah mencatat mereka as a terrorist n sekrg sepatutnya nama mereka dbersihkn dlm lipatan sejarah n s2 agi bagi balik hak n kebebasan kpd owg yg dthn bawah ISA tu…….ini bknye mslh nak cari sape salah n mengagungkn para syuhada’ tapi ini adalh pasal human right n ak pasti kowg sume law mati t mesti x nak dicop as a pengganas d tanah air sndri….fikir2 n renungknlah
ALLAHUAKBAR!!!!!!!!!!!!
aku anak jati memali,kpd remy hati2 bla bicara..jiwaku msh membara,
Arwah ayahku adalah salah seorang yang menfatwakan syahidnya Ibrahim Libya dan rakan-rakannya. Walau pun aku berada di luar negara ketika kejadian itu, aku difahamkan yang arwah ayahku tegas mencabar sesiapa yang menidakkan fatwanya itu supaya menggali kubur mereka kembali untuk melihat tanda-tanda kemuliaan yang Allah berikan kepada para syuhada tetapi tiada seorang pun yang berani menyahut cabarannya itu. Kenapa? Apakah kerana mereka takut akan kebenaran?
salam semua…
kepada sesiapa yg tidak mengenalinya..usahlah kamu petah berbicara tentang keburukkan mereka (para syuhada) yg telah gugur..selami peristiwa ini dengan sebaik-baiknya..buat rujukan ilmiah serta mencari sendiri cerita tentang mereka yang masih hidup ketika peristiwa itu berlaku…anda akan menemui cerita yang sebenar…
Aku telah banyak membuat rujukan serta menemuramah mereka yg masih hidup…antaranya Ustaz Ismail Mahmud ( adik Ustaz Ibrahim Libya )…kini telah membuka Pusat Rawatan Islam di Kuang ,Sg.Buloh….Ustaz Ki (pengetua madrasah di Memali )..ahli kariah masjid kg.Memali dan kg.Bechah Sawa..
Apa yang diceritakan ( video )di RTM 1 amatlah berbeza sekali…banyak menipu serta provokasi..Baru-baru ini..pada 19 Nov 2010 ( Jumaat) ..telah diadakan satu majlis hari memperingati para syuhada yg ke-25 tahun di Memali..antara tetamu kehormat..Ustaz Azizan MB Kedah..DS Hadi Awang..Mahfuz Omar..Exco Pas Kedah..dll
Jiwaku adalah sebahagian orang disana…kerana kampung mertuaku dikampung berhampiran..(Bechah Sawa)..
Al-fatihah ….buat para syuhada…
Al-fatihah……………………
……………….amin……………..
al fatihah . semoga syurga adalah kediamannya , utk pejuang ke jalan Allah .
aku amat alpa dan lewat utk mgenali sejarah memali ini , tetapi hatiku bkata
inilah para syuhada
. alhamdulillah kesemua yg meninggal dikalangan org yg mati syahid .
aku salah sorang anak ustaz ahmad bin hassan iaitu org kanan ustz ibrahim libya…perjuangan mesti diteruskan..kpd sesiapa yang x faham tentang kejadian ni jgn comment ape2 tentang peristiwa memali..kaji dulu baru cakap.. kaji kedua2 belah pihak..jgn dengar sebelah pihak saja…lebih baik sedekahkn al-fatihah dr sentiasa berfikiran buruk pada org lain…